Sunday, June 28, 2009

Saman Jelah

Marah betul pemuda UMNO Kelantan terhadap Tuan Guru kerana samakan UMNO dengan Ayah Pin dan Komunis. Apa lagi saman jelah Tok Guru. Apa takut dan gerun dengan Tok Guru, diapun macam kita makan nasi minum air. Tidak ada yang istimewanya beliau, ahli politik yang berasal dari seorang Penyelia Kemas. Kalau sebelum ini orang Pakatan Rakyat; Teresa Kok, Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan beberapa ramai lagi saman orang UMNO sekarang saman baliklah.

Kelak orang Pakatan Rakyat akan kaya raya kalau menang kes saman menyaman ini. Apa lagi tak kan orang UMNO pun tidak mahu kaya raya saman Tok Guru. Kata Tok Guru kenyataanya adalah kiasan, orang UMNO tidak ramai faham Ilmu Bayan, Mantik, Balaghah atau apa-apa kerana tidak belajar pondok. Mereka faham cara literal, biar mahkamah terjemahkan kiasan atau literal. Masuk courtlah..................hehehe

Thursday, June 18, 2009

KERAJAAN PERPADUAN





Sudah lama bercuti dari melontar kata dalam ruangan yang bagi sesetengah orang tidak berminat, percaya ataupun menganggap blogger adalah haprak. Apapun istilah dan persepsi pendapat individu mesti kita respek.

Perkembangan terbaru yang berkeruping dari luka mac 2008 adalah cerita Kerajaan Perpaduan. Idea siapa; PM ke TPM ke atau Hj Hadi ke maupun Nasharudin ke tidak penting tetapi survival bumiputera khusus Melayu yang penting.

Dalam semua lontaran hujah itu yang paling menarik adalah dari Murshidul Am Pas; YAB Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau tokoh agama yang disegani dan dilabelkan sebagai zuhud walaupun di hujung namanya tidak disebut Az Zuhdi. Beliau menentang gagasan Kerajaan Perpaduan dan enggan berunding dengan UMNO. Beliau tidak lagi tidak mempercayai kerana pengalaman dari perkahwinan singkat UMNO/PAS (dalam BN)berakhir dengan perceraian pada 1977/1978 masih lagi bersarang di hatinya. Walau bagaimanapun dalam kenyataan terakhirnya beliau menyatakan bukan degil tetapi beristiqamah.



Walau bagaimanapun rata-rata umat melayu dari UMNO sudah tentu dan sebahagian dari PAS mahukan Kerajaan Perpaduan di realisasikan. Kita mahu orang melayu bersatu dan umat Malysia amnya agar negara setabil dan pembangunan fizikal dan mental berjalan seimbang. Kedua pemimpin parti terbesar melayu itu lebih banyak sembahyang hajat, istikharah agar tuhan memberikan hidayah. Semuga selamatlah umat Malaysia,

Nampaknya kekalutan ini masih belum selesai. Pakatan Rakyat dengan ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim merasakan PKR dan DAP tercicir dalam rundingan ini. Sebagai seorang yang banyak tipu muslihat dan ideanya mulalah mengatur langkah memanggil ketua-ketua komponen Pakatan Rakyat iaitu Lim Kit Siang dan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang membelasah kononya BN cuba memporak porandakan Pakatan Rakyat. BN seolah-olah cuba menidakkan kewujudan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dengan hanya menumpukan rundingan dengan Pas sahaja.

Sebenarnya bukan mudah hendak dibawa berbincang perkara yang sebegini rumit. Masing-masing ada agenda dan curiga mencurigai antara satu sama lain. Seelok-eloknya biarkah dibawa berunding satu-satu dulu; mula-mula dengan Pas, DAP dan PKR. Cari satu pendekatan dan akhirnya barulah perbincangan bersama dengan semua komponen termasuk dari BN sendiri. Cakap bukan mudah tetapi bolehkan formula ini dilaksanakan?