Saturday, November 14, 2009

Yang serpeh yang itulah bawa cacat

Salam sejahtera

Agak lama siongmalaya berehat dari berceloteh dialam maya. Kita tak habis-habis cerita pasal politik. Pilihan raya hanya 5 tahun sekali tetapi berperang siang malam. Malang sungguh Malaysia, sepatut lepas mana2 PRU pakat sama-sama bangunkan negara tapi tidak.

Kalau gigi serpih akan nampak buruknya gigi. Kalau anggota lain pun sama juga seperti tangan, lebih2 lagi muka. Kalau otak serpih kena pergi Tanjung Rambutan ataunTampoi. Ni nak cerita parti serpih. Dulu semua melayu bersatu gegar Malayan Union, itulah anak AMK dan pemuda PAS nak tahu puncanya UMNO tertubuh. Depa tok usah ungkit kata UMNO pun buat demontrasi jalanan tentang inggeris, jadi tak salah PKR pun buat. Kah kah kah bodohnya budak2 ni buat perbandingan. UMNO nak selamat raja melayu dan negara, PKR nak selamat menatang apa?

Cerita serpihan politik bermula bila " al ulamak warasatul anbia" sayap UMNO dibawa keluar oleh Hj Ahmad Fuad setelah gagal rebut jawatan presiden UMNO dari Tunku Abdul Rahman. Dia lah tubuh PAS sebagai tanda kecewa tak dapat jadi presiden UMNO. Di belakangnya konon kata mendapat restu inggeris, biasalah dasar pecah perintah amalan inggeris. Jadi PKR pun apa kurangnya serpihan dari UMNO juga sebab Anwar tidak dapat capai hajat jadi PM. Kalau ibarat panjat pokok kelapa jari dah cecah buah, tinggal nak pulas saja lagi, tapi kuasa tuhan tiba2 dum! jatuh ke tanah.

Jadi cacatnya politik hari ini kerana kumpulan serpihan inilah yang mewarnai negara sedemikian rupa.